Aksi Harden bantu Rockets tewaskan Thunder

MIAMI, 3 SEPT – Percubaan James Harden mungkin tidak banyak membantu, tetapi bintang Houstan itu sangat berguna di bahagian pertahanan dalam kemenangan Rockets 104-102 ke atas Oklahoma City dalam playoff NBA kelmarin.

Harden membuat lompatan untuk menghalang percubaan tiga mata yang berkemungkinan boleh memenangi perlawanan dari pemain baharu Thunder, Luguentz Dort dengan perlawanan berbaki 4.8 saat ketika Rockets bertahan sehingga penghujung perlawanan untuk memenangi satu daripada tujuh perlawanan siri Western Conference terbaik empat perlawanan kepada tiga dan menempah pusingan kedua perlawanan menentang LeBron James dan Los Angeles Lakers.

Dalam perlawanan tersebut, Houston mendahului perlawanan, 103-102 menerusi percubaan PJ Tucker dengan perlawanan berbaki 1:25 minit.

Bola berulang-ulang kali dirampas sebelum Thunder berjaya membuat hantaran kepada Dort, yang mana impian pemain itu untuk menjaringkan mata telah dihalang oleh Harden.

Pemain Houston, Robert Covington membuat hantaran percuma dengan berbaki 1.4 saat untuk menjadikan kedudukan 104-102.

Aksi James Harden menghalang percubaan Luguentz Dort membantu Houston Rockets memenangi perlawanan menentang Oklahoma City Thunder, 104-102 dalam playoff NBA.- AP

Kemudian Harden dipanggil kerana kesalahan ke atas Danilo Gallinari sebelum bola masuk, memberikan Thunder lontaran bebas.

Gallinari terlepas dari dikenakan kesalahan dan Thunder kembali membuat hantaran di kawasan pihak lawan.

“Saya tidak dapat melakukan percubaan, mengembalikan semula bola, semua yang dilakukan tidak sepatutnya berlaku,” kata Harden, penjaring terbanyak NBA yang hanya menjaringkan 17 mata dengan empat daripada 15 percubaan.

“Tetapi saya tidak kisah dengannya,” katanya. “Secara defensif saya terpaksa bermain seperti itu”.

Covington dan Eric Gordan menjaringkan 21 mata setiap pemain untuk Rockets. Covington juga berjaya melakukan 10 rebound dan Russell Westbrook menambah 20 mata buat Houston menentang bekas pasukannya.

Dort, 21, menjaringkan 30 mata, yang terbaik dalam kariernya, untuk Thunder dan Chris Paul, yang ditukar dengan Westbrook sebelum permulaan musim, menambah triple-double dengan 19 mata, 12 assist dan 11 rebound buat Oklahoma City.- AFP