Aksi hebat Curry julang Warriors

LOS ANGELES, 6 Dis – Stephen Curry mencatatkan 42 mata untuk menerajui Golden State Warriors dengan kemenangan 129-105 ke atas Cleveland Cavaliers hari ini dalam perlawanan ulangan Final NBA.

Curry menghasilkan sembilan three-pointer dan Kevin Durant menambah 25 mata dengan sembilan dari 16 jaringan ketika Warriors menguasai suku kedua menentang pasukan Cleveland, yang hanya mempunyai sedikit persamaan dengan Cavs yang diterajui LeBron James sebelum ini, yang bersaing menentang Warriors dalam empat perlawanan kejuaraan terakhir dalam siri itu.

Curry, kelihatannya pulih sepenuhnya dalam perlawanan ketiga dari kecederaan groin, yang mengetepikannya dalam 11 perlawanan, menambah sembilan rebounds dan tujuh asis. Durant mencatatkan 10 rebounds dan mencatatkan sembilan asis.

Pasukan Warriors kembali di Cleveland buat kali pertama sejak Jun lalu, apabila mereka menewaskan Cavs bagi memenangi gelaran NBA kali kedua berturut–turut dan ketiga dalam tempoh empat tahun.

Sejak itu Cavs menyaksikan James dilepaskan sebagai ejen bebas kepada Los Angeles Lakers.

Kevin Durant (#35) meraikan jaringan Warriors bersama Stephen Curry (#30) ketika menentang Cavs di Quicken Loans Arena. – AFP

Pemain penyerang J.R. Smith juga tidak hadir dalam pasukan itu, Kevin Love mengalami kecederaan kaki dan Kyle Korver dilepaskan ke Utah.

Tristan Thompson, salah seorang pemain yang tidak dilepaskan dari pasukan Cavaliers yang mencabar Warriors, dan menewaskan mereka bagi merebut mahkota itu pada 2016, menjaringkan 14 mata dengan 19 rebounds.

Rookie Collin Sexton menerajui jaringan Cavaliers dengan 21 mata.

“Ia dirasakan begitu sunyi, dari apa yang biasa kami hadapi,” kata jurulatih Warriors, Steve Kerr mengenai persekitaran di Cleveland. “Bagi beberapa alasan yang jelas, ia tidak sama di luar sana.”

Biarpun catatan 25 mata bagi Curry pada suku pertama, Cleveland mendahului pada waktu rehat, menamatkan suku tersebut dengan 19-5.

Pasukan Warriors memperbaiki kedudukan kepada 17-9, masih berada di tangga keempat dalam Western Conference yang diketuai oleh Denver Nuggets, yang menewaskan Orlando Magic 124-118 pada masa tambahan bagi kemenangan ke tujuh berturut–turut yang membawa rekod mereka kepada 17-7. – AFP