STUTTGART, Jerman, 26 April – Maria Sharapova kembali beraksi dari penggantungan doping selama 15 bulan hari ini dengan penganjur kejohanan menginginkan keuntungan manakala para pesaing mengkritik laluan lancar yang disediakan bagi aksi kembali superstar Rusia itu.
Bekas pemain nombor satu dunia yang juga pemenang lima kali gelaran Grand Slam beraksi di Stuttgart Porsche Arena hari ini untuk berdepan dengan pemain veteran Roberta Vinci.
Ini akan menjadi perlawanan pertamanya sejak kekalahan pada suku akhir kepada saingannya, Serena Willams pada Terbuka Australia tahun 2016. Beberapa minggu selepas kekalahan itu, Sharapova mengumumkan dia diuji positif bagi meldonium.
Stuttgart adalah acara pertama yang memberikannya penyertaaan ‘wildard’, yang mana itu tidak mengejutkan kerana acara ini ditaja oleh Porsche, salah satu dari banyak penaja-penaja peribadi Rusia yang begitu menonjol. Kejohanan di Madrid dan Rom turut sama.
Dengan pemain seperti Serena Williams, Victoria Azarenka dan Petra Kvitova tidak beraksi dan Eugenie Bouchard masih bergelut, tenis wanita memerlukan tarikan kuat dan Sharapova memiliki semua itu.
Bagaimanapun ramai pesaing berkata setelah melanggar tegahan dadah, Sharapova seharusnya beraksi dalam kelayakan dan sedaya upaya melayakkan diri.
“Dia adalah pemain hebat, juara, secara peribadi saya tidak bermusuh dengannya. Dia telah menerima akibat dari kesilapannya, tetapi dia seharusnya melalui kelayakan tanpa sebarang bantuan. – AFP