Aksi Lacazette semakin bersinar buat Gunners

LONDON, 8 MAC – Alexandre Lacazette keluar dari bangku simpanan berjaya membantu Arsenal meraih kemenangan 1-0 ke atas West Ham kelmarin dan menghadiahkan pasukannya lima mata untuk layak Liga Juara-Juara.

Penyerang itu kini menjaringkan tujuh gol di Liga Perdana Inggeris di Stadium Emirates musim ini, namun dia terpaksa menunggu untuk meraikannya kerana perlu melihat semula tayangan VAR bagi mengesahkan keputusan awal di mana di minit ke-78 jaringannya ofsaid.

Arsenal berada di tempat kesembilan hanya lima mata berada di belakang tempat keempat Chelsea. Kemenangan itu cukup bermakna buat Arsenal dan merupakan kemenangan ketiga di liga berturut-turut untuk pertama kalinya dalam tempoh lebih dari satu tahun dan pengurus Mikel Arteta gembira dengan impak daripada Lacazette.

“Jadi, saya mempunyai dua penyerang pada masa ini dan mereka membuatkan saya sukar untuk saya memilih tetapi pada masa yang sama ia sangat baik,” kata Arteta.

“Mereka sama-sama menjaringkan gol, pada masa yang sangat diperlukan, saya memutuskan untuk menurunkan Eddie hari ini di posisi pertahanan dan rancangan permainan kami, tetapi kami ada Laca, yang boleh membantu kami memerlukan gol di saat akhir, dia selalu bersedia berbuat demikian.

“Saya melihat terus, apabila saya bercakap dengannya dan memberi arahan kepadanya mengenai sentuhan, dia berjaga-jaga dan fokus dan saya dapat melihat dia benar-benar bertekad untuk pergi dan menjaringkan gol yang dilakukannya.”

Arteta melihat arahan VAR memihak kepada Arsenal untuk kali pertama musim ini selepas keputusan Sian Massey-Ellis membatalkan ofsaid, tetapi tidak melihat kepada pemeriksaan Angelo Ogbonna berada di barisan bersama Mesut Ozil.

“Apabila jaringan dibatalkan, saya fikir, ‘Baiklah,’ kata Arteta. “Kemudian kakitangan saya datang dari bangku simpanan dan berkata itu jaringan gol. Saya sangat gembira dengan VAR malam ini.” – AP

Aksi Alexandre Lacazette ketika menjaringkan gol melepasi penjaga gawang West Ham, Lukasz Fabianski semasa perlawanan antara Arsenal dan West Ham di Stadium Emirates di London, semalam. – AP