Wednesday, April 24, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Aksi mantap Durant benam Knicks

    LOS ANGELES, 10 NOV – Kevin Durant mempamerkan aksi yang menakjubkan dengan membuat triple double selepas Brooklyn Nets, di bawah kendalian Jacque Vaughn mengalahkan New York Knicks kelmarin.

    Durant memberikan peminat Brooklyn sedikit kelegaan susulan drama luar gelanggang baru-baru ini dengan mempamerkan aksi yang mantap, menjaringkan 29 mata dengan 12 rebounds dan 12 assists di Barclays Center.

    Pemain berusia 34 tahun itu kini menjaringkan sekurang-kurangnya 25 mata bagi setiap perlawanan Brooklyn sepanjang 12 perlawanan yang lepas dalam musim ini.

    Untuk rekod, Michael Jordan memulakan kempen 1988-1989 dengan menjaringkan 25 mata atau lebih bagi setiap perlawanan sepanjang 16 perlawanan yang lepas.

    Lebih utama, dominasi Durant memastikan permulaan yang lancar buat Vaughn sebagai ketua jurulatih baharu Nets.

    Vaughn mengambil alih Nets sebagai jurulatih sementara selepas pemecatan Steve Nash minggu lepas.

    “Saya suka bagaimana kami berada pada tahap yang sama,” kata Durant kepada ESPN.

    “Saya sebagus seperti semua ahli pasukan saya. Jadi, mereka membantu saya, menjaga pertahanan, membantu saya dapatkan rebound. Ia adalah kerja berpasukan.”

    Durant juga gembira dapat membantu Vaughn dengan kemenangan yang menyaksikan kedudukan Nets meningkat kepada 5-7. – AFP

    Aksi Kevin Durant mendapatkan rebound semasa dalam perlawanan bola keranjang antara Brooklyn Nets dan New York Knicks di Barclays Center, Brooklyn, New York, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...