Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Aksi mesra Ariel, Bunga Citra Lestari buat peminat tak senang duduk

    Penampilan penyanyi Ariel Noah dan Bunga Citra Lestari semasa Konsert Now Playing Festival 2022 yang diadakan di Brigif Cimahi, Bandung, Indonesia baru-baru ini mencuri tumpuan peminat.

    Kedua-dua penyanyi terkenal ini membuat persembahan istimewa menerusi lagu duet berjudul Mencari Cinta dan Menghapus Jejakmu.

    Selain persembahan memukau, kemesraan dan keakraban Ariel Dan Bunga semasa di atas pentas turut mengujakan penonton.

    Menurut laporan Suara, pada awalnya mereka hanya menyanyi sambil berpegangan tangan dan membalas pandangan.

    Bagaimanapun pasangan ini dilihat semakin selesa apabila menerima sorokan penonton.

    Apa yang lebih mengejutkan, semasa persembahan akhir vokalis kumpulan Noah ini memeluk Bunga Citra Lestari di atas pentas semasa persembahan tersebut.

    Rata-rata peminat teruja melihat kemesraan itu dan mendoakan mereka disatukan sebagai pasangan. – Agensi

    Ariel Noah dan BCL mencuri tumpuan ramai peminat semasa membuat persembahan baru-baru ini dan peminat mendoakan mereka disatukan sebagai pasangan. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...