Thursday, April 18, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Aksi pemanasan antara AS, Uruguay Jun ini

    CHICAGO, 28 APRIL – Amerika Syarikat (AS) akan menjadi tuan rumah kepada Uruguay dalam perlawanan pemanasan Piala Dunia 2022 untuk kedua-dua kelab pada 5 Jun nanti di Kansas City, menurut pengumuman yang dibuat oleh Persekutuan Bolasepak AS.

    Pasukan AS memiliki rekod 2-2 dengan tiga seri menentang La Celeste, pertembungan terbaharu seri 1-1 pada 2019 di St Louis.

    Skuad bimbingan jurulatih AS, Gregg Berhalter akan memulakan perlawanan latihan mereka pada 1 Jun di Cincinnati menentang Maghribi sebelum bertemu pasukan Uruguay yang menampilkan penjaring terbanyak sepanjang zaman iaitu Luis Suarez dari Atletico Madrid dan Edinson Cavani dari Manchester United.

    “Kami tidak sabar untuk berdepan satu lagi saingan peringat tinggi yang juga bersiap sedia untuk Piala Dunia. Uruguay mempunyai beberapa pemain bertaraf dunia dan merupakan salah satu pasukan teratas di Amerika Selatan,” kata Berhalter.

    “Ini adalah jenis peluang yang kami perlukan untuk terus berkembang sebagai satu pasukan dan memantapkan diri kami untuk berjaya di Qatar.

    Selepas menjadi tuan rumah skuad Amerika Selatan, AS sekali lagi menjadi tuan rumah kepada Grenada dalam perlawanan Liga Negara CONCACAF pada 10 Jun di Austin, Texas dan menjadi pasukan pelawat ke El Salvador empat hari kemudian.

    Uruguay mara ke suku akhir Piala Dunia 2018, tewas kepada pasukan Perancis. Pasukan Uruguay tersebut diundi masuk dalam kumpulan H bersama dengan Ghana, Korea Selatan dan Portugal.

    AS akan beraksi dalam kumpulan B menentang England, Iran dan sama ada Scotland, Wales atau Ukraine. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Terumbu Sawar Besar alami pemutihan karang paling teruk

    CANBERRA, 17 APRIL - Sebahagian besar Terumbu Sawar Besar yang ikonik di Australia mengalami pemutihan karang pada musim panas 2023-24, menurut laporan kerajaan. Agensi kerajaan...