Aksi penentu jadi tumpuan

Oleh Muiz Matdani

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 JUN – Pasukan Dreamliner 787 dan Golden Knight FC Vet B akan berentap bagi merebut gelaran juara Kumpulan A pada Kejohanan Bola Sepak Veteren 9-Orang Sepasukan di Kompleks Sukan Sungai Kebun.

Sementara itu, Pasukan SM FC B dan Pagunma FT terpaksa berpuas hati berada di tempat ketiga dan keempat, manakala Pasukan United VET mengharungi kejohanan yang sukar apabila berada di kedudukan tercorot kumpulan. Kejohanan bola sepak itu merupakan anjuran Majlis Perundingan Kampung Setia A bersama AKSE Bersatu, yang mana ia berlangsung sehingga 21 Julai depan.

Barisan pemain Pasukan Dreamliner 787, bersiap sedia bagi mengharungi perlawanan menentang Golden Knight FC Vet B bagi merebut juara Kumpulan A di kejohanan tersebut.