Sunday, December 15, 2024
22.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aksi pertama Eriksen bersama Inter

    MILAN, 30 JAN – Pemain yang baru sahaja ditandatangani Inter Milan, Christian Eriksen menikmati kemenangan pertama bersama kelab baharunya selepas menewaskan Fiorentina 2-1 serta mara ke separuh akhir Piala Itali pada perlawanan semalam.

    Meskipun Inter mendapat keputusan seri ketiga-tiga perlawanan mereka di Liga Serie A, pengurus mereka Antonio Conte mempamerkan jauh dari aksi cemerlang mereka tetapi masih boleh mengekalkan kedudukan empat teratas liga dengan saingan mereka Napoli.

    Sementara itu di perlawanan yang berasingan Juventus akan menentang AC Milan.

    Pada pertama perlawanan, Inter mempamerkan aksi yang menghambarkan tetapi berjaya menjaringkan gol pendahuluan menerusi Lautaro Martinez yang bergelut bersama pertahanan Fiorentina Federico Ceccherini dan penjaga gawang Pietro Terracciano.

    Namun selang tujuh minit kemudian Martin Caceres berjaya menjaringkan gol dan menyamakan kedudukan sebelum Nicolo Barella, memusnahkan harapan Fiorentina dengan jaringan cantik dari beliau. – AFP

    Aksi Eriksen ketika melakukan hantaran bola semasa perlawanan menentang Fiorentina di pusingan ke-8 Piala Itali di Stadium San Siro. – AFP96
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda