Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Aksi pramusim nilai pemain, sediakan pasukan ampuh – Nafuzi

    MELAKA, 18 FEB – Pengendali Terengganu FC (TFC), Nafuzi Zain masih menilai prestasi dan kelemahan pemainnya bagi menyediakan pasukan yang ampuh menjelang aksi
    Liga Super yang membuka tirai awal Mac depan.

    Katanya menerusi beberapa perlawanan pramusim yang diharungi skuadnya, beliau telah mendapat bayangan barisan kesebelasan utama skuad Sang Penyu itu.

    “Walaupun pada perlawanan persahabatan malam ini kita menang 1-0 bertemu Melaka United bagi saya ia tidaklah hebat mana memandangkan dalam 90 minit permainan ada situasi yang mereka lebih baik daripada pasukan kita.

    “Kita kini dalam proses mengenal pasti kelemahan dan daripada perlawanan persahabatan ini kita berharap para pemain tidak sesekali bersikap mengambil mudah sebaliknya meningkatkan prestasi,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas perlawanan di sini, malam tadi.

    Terdahulu dalam aksi di Stadium Hang Jebat itu tuan rumah dikecewakan TFC 1-0 menerusi sepakan penalti pada minit ke-76 yang disempurnakan Jordan Mintah. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...