Aksi separuh akhir sengit

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 JUN – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri berkenan berangkat menyaksikan Kejohanan Badminton Kebangsaan Brunei Darussalam di Dewan Serba guna, Green Jade Centrepoint, Gadong.

Berangkat sama ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah yang turut menyaksikan YTM Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim bertembung lawannya Dessen Chung dalam Kategori Perseorangan Lelaki Bawah 13 Tahun.

Turut hadir ialah Yang Amat Mulia Pengiran Muda Abdul Hakeem, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Abdul Wadood Bolkiah dan Pengiran Seti Aminah binti Pengiran Othman, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Abdul Ali Yil-Kabier, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Abdul Hadi Bolkiah serta Yang Amat Mulia Pengiran Anak Hamidah Jamalul Bulqiah.

Hadir sama menyaksikan perlawanan separuh akhir berkenaan petang tadi ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin dan Pengiran Haji Salleh Ab Rahaman bin Pengiran Haji Damit serta Dayang Rinawaty binti Abdullah @ Suzanne Rahaman.

DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah dan YTM Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah berkenan berangkat menyaksikan YTM Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim beraksi pada Kejohanan Badminton Kebangsaan Brunei Darussalam di Dewan Serba guna, Green Jade Centrepoint, Gadong, kelmarin. – Gambar oleh Muiz Matdani
YTM Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim ketika beraksi pada separuh akhir Kategori Perseorangan Lelaki Bawah 13 Tahun. – Gambar oleh Muiz Matdani