Aksi spontan Oki jadi bualan ramai

Majlis perkahwinan adik pelakon dan pendakwah, Oki Setiana Dewi iaitu Ria Ricis dan Teuku Ryan telah menjadi bualan ramai.

Masakan tidak, majlis berkenaan yang berlangsung 12 November lalu dikatakan menelan belanja mencecah jutaan ringgit dan berlangsung meriah.

Ketika majlis berlangsung di Hotel Inter Continental Pondok Indah, Kebayoran Lama, Jakarta Selatan, Oki dilihat memerhatikan dan memantau adiknya dari jauh. Menerusi perkongsian video yang dikongsikan pengguna Tiktok @muhd..ahmad, Oki secara spontan telah naik ke pelamin dipercayai untuk memperbetulkan gaun dipakai adiknya yang sedikit terselak.

“Wanita-wanita solehah seperti mereka, wanita yang dirindui syurga. Menjaga aurat adiknya,” kongsi @muhd..ahmad.

Tindakan Oki mendapat pujian warganet yang rata-rata mengatakan betapa bertuah adik-adik Oki memiliki kakak sepertinya. Malah ramai yang tersentuh melihat Oki sedaya upaya memastikan aurat adiknya terjaga.

Oki terdahulu pernah membintangi filem Bila Cinta Bertasbih bersama aktor Kholidi Asadil Alam dan Deddy Mizwar. – Agensi

Oki secara spontan telah naik ke pelamin dipercayai untuk memperbetulkan gaun dipakai adiknya yang sedikit terselak. – Agensi