Aksi Sterling sukar dikekang Brighton

BRIGHTON, 12 JULAI – Raheem Sterling menjaringkan hatrik ketika Manchester City memastikan mereka akan menamatkan kedudukan musim ini di kelompok empat teratas dengan kemenangan 5-0 ke atas Brighton kelmarin ketika kelab tersebut menunggu keputusan sama ada mereka dibenarkan untuk beraksi di kejohanan Liga Juara-juara musim hadapan.

City yang dihukum dengan penggantungan selama dua musim dari kejohanan Eropah oleh UEFA pada Februari lalu, tetapi membuat rayuan kepada Mahkamah Timbang Tara untuk Sukan yang akan mengeluarkan keputusannya Isnin ini.

Di atas padang, tidak diragukan lagi bahawa pasukan bimbingan Pep Guardiola berhak berada di antara pasukan elit bola sepak Eropah musim hadapan dengan mempamerkan aksi yang merapatkan jurang 21 mata dengan juara Liverpool.

City sering kali gagal menyempurnakan peluang mereka dan dihukum kerana kesilapan pertahanan.

Walau bagaimanapun, Brighton tidak mempunyai peluang untuk mengelak dari kekalahan mereka kali ke sembilan musim ini sebaik sahaja Sterling menjaringkan gol ke-25 musim ini.

Sterling menambah jaringan peribadinya dalam cara yang berbeza dengan tandukan dari hantaran lintang Mahrez. Sterling berjaya melengkapkan hatrik apabila dia bernasib baik apabila bola melantun ke kepalanya lalu masuk ke gawang selepas dia terjatuh di dalam kawasan kotak penalti dan Dan Burn gagal mengeluarkan bola dari melepasi garisan gol.

Brighton masih belum berada di kedudukan selamat meskipun berada lapan mata dari zon penyingkiran, tetapi pasukan bimbingan Graham Potters sudah semestinya mempunyai mata yang mencukupi ketika pasukan tangga tiga ke bawah, Bournemouth akan menghadapi tugas sukar apabila mereka akan bertemu City Rabu nanti.- AFP

Reaksi Raheem Sterling meraikan gol bersama rakan sepasukan ketika menentang Brighton kelmarin.- AP