Akta 342 terpakai untuk semua negeri kecuali S’wak

PUTRAJAYA, 8 JUN – Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) adalah terpakai untuk semua negeri kecuali Sarawak yang mempunyai aktanya sendiri, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, oleh itu negeri-negeri lain tidak ada pilihan selain turut melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) setelah kerajaan Persekutuan mengumumkan pelaksanaannya dengan peraturan yang diwartakan mulai 10 Jun hingga 31 Ogos depan.

“Negeri-negeri lain kecuali Sarawak sudah tidak ada akta kawalan penyakit berjangkit maka rujukan untuk negeri-negeri berkenaan adalah satu akta sahaja iaitu Akta 342.

“Negeri tidak boleh buat peraturan-peraturan lain kerana dalam erlembagaan Persekutan mana-mana akta atau peraturan negeri yang bertentangan dengan akta kerajaan persekutuan adalah ultra virus, terbatal dengan sendiri dan tidak boleh dilaksanakan,” katanya selepas Mesyuarat Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Perdana Putra di sini, hari ini. – Bernama