Friday, April 19, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    ‘Aktifkan Doa’

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 JUN – Program Malam Munajat anjuran Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) telah diteruskan lagi bagi minggu ke-40 secara maya semalam, dengan menyaksikan penyertaan warga kerja dan keluarga dari Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri di samping 98 buah masjid, surau dan balai ibadat seluruh negara.

    Bersama menyerikan majlis ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman dan Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Setia Haji Mohd Tashim bin Pengiran Haji Hassan.

    Acara dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dipimpin oleh Setiausaha Tetap (Keselamatan dan Kesejahteraan) di KHEDN, Awang Salminan bin Haji Burut, diikuti dengan bacaan Surah Al-Fatihah dipimpin oleh Setiausaha Tetap (Perbandaran dan Daerah) di KHEDN, Awang Abdul Walid bin Haji Matassan dari Surau Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat.

    Acara diteruskan dengan bacaan Surah Yasin beramai-ramai dari Masjid Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah, Kampung Sungai Kelugos, Daerah Tutong. Seterusnya, Doa Munajat dibacakan oleh Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Jabatan Kehakiman Negara, Jabatan Perdana Menteri, Awang Mohd Shah bin Haji Taib.

    Acara juga diserikan dengan tazkirah menarik dengan tajuk ‘Aktifkan Doa’ disampaikan oleh Penolong Kaunselor Penjara, Jabatan Penjara, Awang Fariszal bin Ali dari Masjid Paduka Seri Begawan Sultan Omar ‘Ali Saifuddien, Kampung Katimahar.

    Selesai tazkirah, Asma’ul Husna dan selawat dibacakan sebelum diakhiri dengan bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.

    Juga menyertai Malam Munajat tersebut ialah Setiausaha Tetap di KHEU, Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim; Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan) di KHEU, Haji Mohd Serudin bin Haji Timbang dan para pengarah serta pegawai kanan KHEU.

    Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama bersama jemaah lain menyertai Program Malam Munajat.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...