Monday, November 28, 2022
31.8 C
Brunei

-

Aktivis cuba melekat diri pada lukisan

OSLO, 11 NOV – Aktivis iklim cuba menempel diri mereka pada lukisan Edvard Munch ‘The Scream’ di Oslo hari ini sebagai membantah industri minyak Norway, namun pengawal campur tangan dan karya seni itu tidak mengalami kerosakan.

“Kami berada di Muzium Nasional selepas menerima laporan dari pengawal di sana. Mereka berjaya mengawal tiga orang, dua di antaranya cuba melekat diri mereka pada lukisan,” kata polis di Twitter.

“Tindakan mereka gagal, namun terdapat kesan perekat pada peti kaca. Tidak adanya laporan kerosakan pada lukisan.”

Lukisan dari tahun 1893, kini lambang kebimbangan, menggambarkan susuk badan seakan-akan manusia berdiri di atas jambatan, memegang kepalanya dalam pera-saan takut berlatarkan langit berpusar.

Pembantah telah menyasarkan pelbagai lukisan berharga di muzium di seluruh Eropah dalam beberapa minggu ini untuk membantah kekurangan tindakan ke atas perubahan iklim. – AFP

Gambar bertarikh 3 Ogos 2022 menunjukkan seorang pelawat mengambil gambar lukisan ‘The Scream’ di Muzium Nasional di Oslo, Norway. Aktivis cuba melekat diri mereka pada lukisan itu di Oslo kelmarin. – AFP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Ratusan bantah sekatan COVID China

BEIJING, 27 NOV – Bantahan terhadap kawalan koronavirus di China yang telah mengurungkan jutaan penduduk di rumah telah merebak ke Shanghai dan bandar lain...
- Advertisment -