Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Aktivis ditembak mati semasa protes

    NARAYANGANJ, BANGLADESH, 1 SEPT – Polis Bangladesh menembak mati seorang aktivis muda dan mencederakan puluhan yang lain hari ini selepas melepaskan tembakan pada penunjuk perasaan yang menentang kenaikan harga makanan dan bekalan elektrik terputus, kata pegawai dan pembantah.

    Kemarahan awam telah memuncak disebabkan bekalan elektrik terputus yang berlarutan di negara Asia Selatan itu, yang bergelut untuk membayar diesel dan gas import yang mencukupi untuk memenuhi permintaan elektrik.

    Parti pembangkang Nasionalis Bangladesh (BNP) telah mengadakan rapat di bandar perindustrian Narayanganj, berdekatan ibu negara Dhaka, untuk membantah krisis ekonomi.

    Jurucakap parti Shakhawat Hossain berkata kira-kira 5,000 penyokongnya mengadakan bantahan apabila pegawai melancarkan serangan.

    “Polis menggunakan belantan pada rapat kami. Mereka seterusnya melepaskan tembakan. Salah seorang aktivis belia kami ditembak mati,” beritahu Hossain kepada AFP, menambah mangsa berusia 25 tahun.

    Polis mengesahkan kematian itu kepada AFP tetapi tidak memberikan butiran lanjut.

    Seorang doktor di hospital bandar memberitahu AFP lelaki itu telah dibawa ke wad kecemasan dan meninggal dunia akibat luka tembakan.

    “Mangsa telah ditembak di dada,” katanya, menambah 20 orang lain juga menerima rawatan akibat luka tembakan.

    Menurut Hossain, sekurang-kurangnya 100 penunjuk perasaan mengalami kecederaan dalam kejadian itu, termasuk seorang individu yang ditembak di mata. – AFP

    Kakitangan polis Bangladesh melepaskan tembakan untuk melerai aktivis dan penyokong Parti Nasionalis Bangladesh semasa rapat di Narayanganj kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...