Aktivis HK tidak berganjak

HONG KONG, 18 OGOS – Aktivis demokrasi Hong Kong berharap mampu menarik ramai peserta lewat hari ini bagi menyampaikan kepada pemimpin bandar itu bahawa gerakan bantahan itu kekal diadakan walaupun menerima ancaman pihak berkuasa Beijing.

Demonstrasi selama 10 minggu itu menyebabkan hab kewangan antarabangsa berkenaan terjebak dalam krisis, menyebabkan kerajaan China mula bertindak keras termasuk melabelkan peserta sebagai pengganas.

Beberapa siri pertempuran turut tercetus antara polis dan peserta namun gerakan itu berjaya meraih beberapa persetujuan dari Beijing atau pemimpin bandar berkenaan.

Pada Selasa, peserta menghalang penumpang menaiki penerbangan masing-masing di Lapangan Terbang Hong Kong dan menyerang dua lelaki yang didakwa sebagai pengintip China.

Imej berkenaan mencemarkan keseluruhan kempen yang selama ini hanya menjadikan polis atau institusi kerajaan sebagai sasaran.

Peralatan propaganda China turut dirampas ketika keganasan berkenaan dengan media negeri memaparkan beberapa rencana, foto dan video.

Media negeri turut menyiarkan imej pegawai tentera dan kenderaan bersenjata melintasi sempadan di Shenzen, sekali gus memaksa Amerika Syarikat (AS) memberi amaran terhadap Beijing yang disifatkan penganalisis sebagai bakal mendatangkan malapetaka ekonomi ke atas China.

Sementara itu, beberapa kumpulan penunjuk perasaan memohon maaf selepas keributan di lapangan terbang Selasa lalu dan berikrar untuk mengadakan perhimpunan besar-besaran hari ini. – AFP