Thursday, April 24, 2025
29.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aktivis Hong Kong mula jalani hukuman

    HONG KONG, 21 Mac – Seorang aktivis Hong Kong yang diserang oleh tujuh orang pegawai polis ketika perhimpunan besar pro demokrasi pada tahun 2014 telah mula menjalani hukuman penjara hari ini kerana tindakannya sendiri menyerang polis.

    Ken Tsang didapati bersalah tahun lalu menyerang dan melawan para pegawai polis ketika bantahan “Umbrella Movement’ yang melumpuhkan beberapa bahagian di bandar itu selama lebih dua bulan.

    Lewat malam semalam Tsang telah dibelasah dan ditendang oleh sekumpulan pegawai polis di sebuah taman – serangan yang telah dirakam oleh kamera-kamera TV setempat dan disebarkan di seluruh dunia, yang mencemarkan imej pasukan polis bandar itu.

    Tujuh orang pegawai polis telah dipenjara dua tahun pada Februari lalu yang mengakibatkan kecederaan badan, tetapi dibebaskan dari dakwaan lebih serius yang mengadakan kecederaan parah pada badan dengan niat.

    Tsang sendiri telah dijatuhi hukuman penjara lima minggu pada Mei tahun lalu selepas didapati bersalah menyimbahkan cecair ke arah polis ketika perhimpunan jalanan.

    Dia segera merayu dan diikat jamin, tetapi semalam menggugurkan rayuannya dalam kes yang telah berlarutan hampir tiga tahun sejak dia pertama kali diberkas. “Selepas prosiding undang-undang hari ini berakhir, saya akan segera menjalani hukuman saya,” Tsang, 41 tahun memberitahu para pemberita dan kira-kira 20 orang penyokong di luar mahkamah tinggi semalam.

    “Saya faham beberapa perkara yang telah saya lakukan malam itu mungkin tidak dibenarkan undang-undang. Saya perlu bertanggungjawab atas tindakan saya,” tambahnya, dengan berkata bahawa cecair yang disimbah ke arah polis adalah air.

    Tsang berkata keputusannya untuk menggugurkan rayuan bukanlah ‘tanda kelemahan’ dan dia telah berdepan dengan ketidakadilan dari kerajaan dan polis yang dituduhnya ‘mengaburkan sikap antara benar dan salah.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda