Aktivis iklim bantah ujian loji arang batu

FRANKURT, 25 FEB – Para aktivis iklim membuat bantahan terhadap sebuah loji janakuasa arang batu baharu yang kontroversi di Jerman, menurut polis, menghalang satu ujian generator yang menurut aktivis sepatutnya tidak dibeli dalam talian.

Polis memberitahu AFP bahawa 14 orang telah memasuki tapak stesen arang batu Datteln di negeri Rhine-Westphalia dan ada yang merantai diri mereka di mesin itu.

Stesen janakuasa itu mencetus kontroversi kerana dijangka dijual dalam talian hanya selepas Berlin bersetuju rancangan jangka panjang untuk keluar daripada penggunaan kuasa arang batu pada 2038 sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau.

Aktivis membantah langkah untuk membuka tapak kilang baharu itu susulan cita-cita Jerman untuk mengurangkan pengeluaran karbon dioksida (CO2) secara besar-besaran dalam beberapa dekad yang akan datang.

Sebelas orang dari mereka telah naik ke tempat tapak loji itu dan mengikat diri mereka di mesin dengan tali pinggang, kata penunjuk perasaan.

Penyokong loji janakuasa baharu berhujah bahawa ia akan membolehkan stesen-stesen arang batu yang kotor itu ditutup lebih awal.

Tetapi pada awal bulan ini, satu kajian oleh badan pemikir ekonomi Berlin, DIW menganggarkan bahawa loji baharu itu akan mengeluarkan lebih kurang 40 juta tan pelepasan karbon dioksida. – AFP

Penyokong Pergerakan Masa Depan yang memegang sepanduk ‘Hentikan arang batu’ semasa demonstrasi terhadap ujian loji kuasa arang batu di Datteln 4 di Datteln, Jerman. – AFP