Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Aktivis iklim simbah bangunan London dengan cat jingga

    LONDON, 31 OKT – Polis London hari ini menahan enam orang selepas kempen alam sekitar menyimbah empat bangunan mercu tanda di ibu negara Britain dengan cat jingga dalam protes sambutan Halloween.

    Empat orang ditahan selepas cat disimbah di bangunan kementerian dalam negeri, ibu pejabat agensi perisikan domestik MI5 dan anak syarikat konglomerat media AS Rupert Murdoch, News Corp, kata Polis Metropolitan.

    Pegawai dari pasukan City of London menahan dua lagi susulan protes serupa di Bank of England di daerah kewangan ibu negara.

    Kumpulan Just Stop Oil, yang mahu menamatkan penerokaan minyak dan gas baharu Laut Utara, berkata ia bertanggungjawab dan menyiarkan video di akaun Twitternya.

    Aktivis berkata bangunan itu dipilih “untuk mewakili tiang yang menyokong dan mengekalkan kuasa ekonomi bahan api fosil kerajaan, keselamatan, kewangan dan media”. News Corp UK dan Ireland Limited, anak syarikat News Corp yang menjadi sasaran, menerbitkan tajuk yang termasuk akhbar The Times, The Sunday Times dan The Sun.

    Ibu pejabatnya di London, bertentangan dengan menara The Shard, menjadi sasaran penunjuk perasaan perubahan iklim Extinction Rebellion pada bulan Julai.

    Sejak bulan lalu Just Stop Oil telah melancarkan bantahan hampir setiap hari menentang rancangan kerajaan untuk melesenkan lebih 100 projek minyak dan gas baharu menjelang 2025. Tindakan termasuk mencalit kek coklat pada patung lilin Raja Charles III di muzium Madame Tussauds dan membaling sup tomato di ‘Bunga Matahari’ Vincent van Gogh di Galeri Nasional.

    Kumpulan itu berkata 637 penunjuk perasaan telah ditangkap sejak empat minggu lalu dan lebih 1,900 sejak April. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...