Monday, March 24, 2025
29.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aktivis ketiga Pakistan selamat

    ISLAMABAD, 29 Jan – Aktivis ketiga Pakistan yang hilang awal bulan ini, berada dalam keadaan selamat , keluarganya memaklumkan AFP hari ini, sehari selepas dua daripada hilang disahkan selamat.

    Aktivis yang dinamakan hanya sebagai Asim oleh keluarga atas sebab keselamatan, merupakan antara lima yang hilang lebih daripada dua minggu lalu, mencetuskan kebimbangan satu tindakan keras kerajaan dan menyebabkan protes.

    “Asim menghubungi kami melalui telefon pada pagi Ahad dan memberitahu kami dia baik sahaja,” seorang saudara yang enggan dikenali memberitahu AFP, mengatakan keluarga mereka menerima ancaman.

    Pada Sabtu, ahli akademik, Salman Haider dan seorang lagi blogger yang keluarganya enggan mendedahkan namanya, dilaporkan selamat oleh keluarga mereka. Dua lagi bagaimanapun tiada khabar berita.

    Lima lelaki itu yang berkempen bagi hak asasi manusia dan kebebasan beragama – hilang dari pelbagai bandar antara 4-7 Januari, mencetuskan bantahan seluruh negara. Tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab.

    Namun Human Rights Watch dan kumpulan hak asasi lain mengatakan kehilangan mereka yang hampir serentak membangkitkan kebimbangan pembabitan kerajaan, namun dinafikan oleh pegawai dan sumber perisikan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda