BAITULMAQDIS, 6 NOV – Tentera Israel menahan aktivis terkemuka Palestin berusia 22 tahun, Ahed Tamimi semasa serbuan di Tebing Barat yang diduduki, semalam.
‘Ahed Tamimi ditahan kerana disyaki menghasut keganasan dan aktiviti keganasan di bandar Nabi Salih’ berhampiran bandar Ramallah.
“Tamimi dipindahkan ke pasukan keselamatan Israel untuk disoal siasat,” beritahu jurucakap tentera kepada AFP.
Tamimi menjadi terkenal pada usia 14 tahun apabila dia difilemkan menggigit seorang askar Israel yang memegang lengannya bagi menghalangnya daripada menangkap adik lelakinya. Dia menjadi ikon perjuangan Palestin dan potret besarnya dilukis di dinding pemisah Israel dengan Tebing Barat di Bethlehem dekat Baitulmaqdis.
Dia ditahan selama lapan bulan pada 2017 kerana menampar dua tentera Israel di halaman rumah keluarganya di Tebing Barat ketika dia meminta mereka beredar.
Sejak bermulanya perang Gaza yang dicetuskan oleh serangan Hamas pada 7 Oktober ke atas Israel, pasukan keselamatan Israel kemudian melakukan penangkapan besar-besaran terhadap rakyat Palestin yang disyaki mempunyai kaitan dengan Hamas atau menghasut keganasan. – AFP