Aktivis pembangkang Kemboja dipenjarakan

PHNOM PENH, 24 SEPT – Tujuh orang aktivis Kemboja dijatuhkan hukuman penjara kerana pengkhianatan atas komen disiarkan online menyokong seorang tokoh pembangkang buangan, peguam mereka menjelaskan hari ini, mempertingkatkan lagi tindakan keras negara beraja itu ke atas pembangkang.

Sam Rainsy yang tinggal di Perancis semenjak 2015 bagi mengelak hukuman penjara atas kesalahan yang dikatakannya bermotifkan politik, berjanji untuk pulang ke Kemboja.

Namun percubaan pulang pada November tahun ini diselar Perdana Menteri Hun Sen, melabelkannya sebagai ‘cubaan rampasan’ dan mengeluarkan waran tangkap ke negara-negara jiran.

Aktivis pembangkang yang dituduh mengeluarkan mesej sokongan tahun lalu mengenai kepulangan Rainsy, minggu ini dijatuhkan hukuman penjara atas dakwaan ‘pengkhianatan’ di timur wilayah Tboung Khmum, beritahu peguam Sam Sokong kepada AFP hari ini. Empat yang bersembunyi dijatuhkan hukuman penjara tujuh tahun tanpa kehadiran mereka, dengan waran tangkap dikeluarkan ke atas mereka, manakala aktivis lain diberikan hukuman serupa, sudah pun berada dalam penjara. – AFP