Aktivis pro-demokrasi Thailand ditahan

BANGKOK, 14 OGOS – Polis Thailand hari ini menahan aktivis Parit Chiwarak selepas penyertaannya dalam protes pro-demokrasi yang menuntut reformasi kerajaan, perlembagaan baharu dan merombak undang-undang yang melindungi monarki yang sangat berkuasa.

“Saya dapat mengesahkan bahawa Parit Chiwarak telah ditangkap… Tuduhan terhadapnya berkaitan dengan demonstrasi pada 18 Julai,” kata Mejar Jeneral Polis, Somprasong Yentaum, kepada AFP, merujuk kepada salah satu demonstrasi terbesar setakat ini. – AFP