Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Aktivis pro demokrasi Thailand jadi sasaran Pegasus – Laporan

    BANGKOK, 18 JULAI – Puluhan aktivis demokrasi Thailand telah menjadi sasaran spyware Israel yang kontroversi dikenali sebagai Pegasus semasa kemuncak protes antikerajaan, menurut satu laporan kumpulan hak asasi digital antarabangsa.

    Demonstrasi besar-besaran mencengkam ibu kota Bangkok, Thailand dua tahun lalu apabila beribu-ribu orang menggesa bagi kebebasan awam yang lebih meluas, serta pelonggaran undang-undang lese-majeste ketat yang menghalang sebarang kritikan terhadap monarki.

    Laporan oleh pemerhati keselamatan siber Kanada, Citizen Lab dengan kerjasama kumpulan dari Thailand, iLaw dan DigitalReach, itu telah mengenal pasti kira-kira 30 aktivis, ahli akademik, peguam dan pekerja pertubuhan bukan kerajaan (NGO), kebanyakannya dikaitkan dengan pertubuhan hak asasi awam, yang peranti mudah alih mereka terjejas.

    “Penyebaran spyware berlaku dari Oktober 2020 hingga November 2021, berkebetulan dengan tempoh protes pro demokrasi yang berleluasa, dan lebih banyak menyasarkan tokoh-tokoh penting dalam pergerakan pro demokrasi,” menurut laporan itu.

    Perisian Pegasus, yang dihasilkan oleh firma Israel iaitu NSO Group, boleh mengambil data dan mengaktifkan kamera atau mikrofon sebaik sahaja ia berjaya memasuki peranti mudah alih. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...