Sunday, March 23, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aktivis Sweden dihantar pulang

    STOCKHOLM, 9 Ogos – Tujuh aktivis Sweden yang ditahan tentera laut Israel kerana cuba melanggar sekatan di Gaza sudah dihantar pulang ke negara mereka, kata penganjur kapal Ship to Gaza semalam.

    Empat daripada aktivis itu tiba di negara Scandinavia berkenaan semalam manakala tiga lagi tiba kemudian, kata jurucakap Ship to Gaza Sweden, Dror Feiler kepada AFP.

    Tentera laut Israel berkata, ia memintas kapal Freedom for Gaza lewat Jumaat lalu ‘mengikut undang-undang antarabangsa’ dan membawanya ke pelabuhan Ashdod.

    Kapal itu membawa bekalan perubatan dan memiliki sejumlah 12 kru dan aktivis di dalamnya, terdiri daripada Sweden, Sepanyol, Kanada, Jerman dan Perancis yang kesemuanya sudah dihantar pulang, kata Feiler.

    Sementara itu, Menteri Luar Sweden Margot Wallstrom berkata semalam, tindakan Israel memintas kapal berkenaan, menaikinya serta menahan aktivis dan kru, melanggar undang-undang antarabangsa.

    “Kerajaan Sweden berhubung dengan pihak berkuasa Israel mengenai Ship to Gaza dan menegaskan, tindakan Israel berkaitan kapal berkenaan dan aktivis di dalamnya tidak disokong undang-undang antarabangsa,” kata Wallstrom dalam satu kenyataan.

    Katanya, kerajaan pada masa sama menuntut supaya kapal itu dan kargonya dilepaskan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda