KABUL, 23 DIS – Aktivis terkemuka Afghanistan yang memimpin pertubuhan pemerhati pilihan raya bebas, terkorban hari ini selepas diserang hendap oleh penyerang bersenjata di Kabul – pembunuhan terkini yang disasarkan di ibu kota tersebut, menurut pihak polis dan pembantu.
Mohammad Yousuf Rasheed diserang di luar bandar ibu kota bahagian selatan ketika dia menuju ke tempat kerjanya dengan menaiki kereta.
Pembunuhan Rasheed mempunyai persamaan dengan kejadian yang berlaku minggu-minggu kebelakangan, di mana warga Afghanistan terkemuka diserang hendap semasa kesesakan lalu lintas pada sebelah pagi.
Rasheed merupakan pemimpin Forum Pilihan Raya Bebas dan Adil Afghanistan (FEFA) yang mana menurut laman webnya, dia bekerja sejak 2004 untuk mempromosikan demokrasi, pentadbiran yang teratur dan pengurusan sumber manusia.
“Dia mengalami kecederaan dan kemudian meninggal dunia di hospital,” kata rakanya, Abdul Wahab Qarizada memberitahu AFP.
Jurucakap polis Kabul, Ferdaws Faramarz mengesahkan serangan tersebut.
Ahli-ahli berprofil tinggi termasuk jurnalis, ahli politik dan aktivis berhaluan kanan sering menjadi sasaran ketika keganasan meningkat di Afghanistan meskipun dalam rundingan damai antara kerajaan dan Taliban.
Pembunuhan Rasheed berlaku sehari selepas kejadian yang mengorbankan lima orang – termasuk dua doktor wanita di penjara luar bandar Kabul – terbunuh dalam serangan bom dipasang di kenderaan mereka.
Serangan dibuat dua hari selepas jurnalis terkemuka Afghanistan ditembak mati di timur bandar Ghazni. – AFP































