SYDNEY, 12 April – Seorang penulis berprofil tinggi dan aktivis Islam telah dihalang masuk ke Amerika Syarikat (AS) hari ini dan diarah kembali ke negaranya selepas ketibaannya untuk memenuhi satu jemputan untuk berucap, telah mencetuskan pertimbangan semula oleh para pegawai sempadan.
Yassmin Abdel-Magied, seorang penasihat bagi belia remaja, wanita dengan latar belakang budaya dan bahasa yang berbeza, berkata dia telah dihalang di pusat imigresen dan dihalau keluar dari negara.
“Kira-kira tiga jam sejak mendarat di Minneapolis, saya kini di dalam pesawat. Nampaknya, pengetatan undang-undang imigresen berkesan, meskipun saya seorang pemegang pasport Australia. Kami akan berlepas sekarang,” katanya menerusi Twitter.
Satu kenyataan dikeluarkan oleh Kastam dan Perlindungan Sempadan AS, dipetik oleh media Australia, berkata dia tidak memiliki visa.
Abdel-Magied dijangka hadir di New York untuk membincangkan isu kebencian dalam talian terhadap umat Islam dan kesukaran menjadi seorang wanita Islam di negara-negara Barat pada satu forum yang dikendalikan oleh PEN International, sebuah badan kebebasan bersuara.
Ketua Pen Amerika, Suzanne Nossel berkata dia terkejut dengan keputusan itu dan difahamkan bahawa ia adalah visa yang sama digunakan sebelum ini bagi perjalanan yang serupa tanpa sebarang isu. – AFP