Cardenas S, Cuba – Aktiviti berbasikal secara beransur-ansur semakin meningkat akibat krisis ekonomi yang dialami oleh Cuba berikutan dengan kejatuhan Persatuan Soviet dan membuat kemunculan semula disebabkan permintaan daripada pelancong dan penduduk Cuba yang kecewa dengan pengangkutan awam yang teruk.
Kedengaran bunyi basikal di merata-rata tempat di jalanan berbatu rata di Cardenas , sebuah bandar perindustrian di pantai utara di mana monumen basikal besi gergasi menyambut pengunjung yang datang.
Basikal telah lama menjadi cara pengangkutan yang digemari di sini, akan tetapi di Havana dan bandar yang lain, menunggang basikal kembali menjadi ikutan ramai. Kedai basikal moden dengan bau getah dan minyak gearnya muncul untuk memenuhi permintaan dari pelancong serta penduduk Cuba yang mencari pengangkutan yang boleh dipercayai untuk ke sana sini.
Osvaldo, seorang juruteknik komputer, berpeluh di atas MB3 lama, hasil buatan Soviet yang mempunyai brek belakang pedal dan bar hendal bagi genggaman tangan yang mana basikal itu sendiri adalah koleksi alat ganti.
“Semua orang ke sana sini dengan menggunakan basikal di Cardenas dan saya juga menggunakannya untuk membawa pelbagai jenis barangan, apa saja yang boleh saya kendalikan,” katanya.
Basikal gunung pula adalah sesuatu yang jarang didapati di kalangan basikal tradisional berkarat yang biasa digunakan oleh penduduk Cuba untuk bekerja atau ke kedai roti.
Pendandan rambut, Kenia Lis Pulido mengatakan bahawa dia menggunakan basikalnya dari pagi hingga ke malam bermula dari saat dia menghantar anaknya pergi ke sekolah.
“Pada waktu malam, kalau kami hendak pergi ke mana-mana, kami akan menggunakan basikal dan akan menghabiskan masa sepanjang hari dengan menunggang basikal.”
Dalam beberapa cara, Cardenas adalah muzium basikal; kebanyakan rakyatnya di bawah fahaman komunis, sentiasa bergerak dan hidup sepanjang tempoh 50 tahun yang lalu, dengan contoh-contoh yang banyak seperti model ‘Forever’ yang dibina oleh masyarakat China dan ‘Flying Pigeon’ yang membanjiri pulau semasa zaman kekurangan dalam tahun 1990-an.
Kita masih boleh menemui beberapa MB3 lipat dari tahun 1980-an, dan yang lebih jarang lagi, ‘Schwinn’ Amerika pada tahun 1950-an.
Di awal tahun 1990-an, menunggang basikal adalah pengangkutan yang digemari di sekeliling Cuba. Ini adalah kerana Persatuan Soviet baru sahaja runtuh, menghapuskan sumber minyak import murah pulau itu dan pengurangan dalam pengangkutan awam menyebabkan hampir semua orang mencari alternatif yang boleh dipercayai dalam apa yang dipanggil ‘Tempoh Istimewa’.
Bagi memenuhi permintaan yang bertambah, Cuba mula menghasilkan model mereka tersendiri yang dikenali dengan Minerva. Ia mempunyai ‘kualiti yang rendah’ seperti yang diingati oleh Lazaro Pereira, seorang pakar dalam pembaikan basikal di Cardenas.
“Rangka akan terbelah dan bila perkara ini berlaku, pejalan kaki yang lainnya akan mempersendakan mereka yang jatuh daripada basikal mereka.”
Pengubahsuaian adalah perkara biasa dalam budaya pembuatan Cuba, dan basikal sering dilengkapi dengan bakul serta kerusi kayu untuk penumpang tambahan. Ada juga yang menggunakan enjin pemotong rumput. Busa tilam biasa atau plastik selalu digunakan untuk mengubahsuai pelana. Kebanyakannya sekeping span yang dibungkus dalam vinil sudah memadai.
“Tempoh Istimewa dalam tahun 90-an, banyak basikal telah dicipta. Kebanyakannya mempunyai kualiti yang baik kerana mereka tidak meletakkan beban yang banyak terhadap basikal itu, kerana basikal diciptakan khas untuk kegunaan seorang akan tetapi kami mahu meletakkan empat orang pada basikal itu,” kata seorang mekanik yang berusia 43 tahun.
Fidel Castro menggalakkan penduduk Cuba untuk menggunakan basikal mereka apabila ekonomi Soviet telah merudum, tetapi kejayaan yang lebih besar setibanya abad ke-21 ini dan membawa perubahan baru dalam pengangkutan bermotor.
Pada hari ini, basikal mungkin masih mempunyai “sebuah konotasi yang negatif kerana ia masih dapat dikaitkan dengan kemiskinan, jika menggambarkan zaman ini,” kata Maria Paula Otero Herrera iaitu seorang pelajar muzik dan juga peminat basikal yang berusia 21 tahun.
“Ia adalah cara pengangkutan yang ideal kerana ia satu-satunya cara yang dibenarkan dan membawa bersamanya perasaan kemiskinan pada zaman dahulu,” kata Denis Alvarez, seorang pelajar Geografi.
Naybis Diaz Labaut adalah pemilik VeloCuba iaitu salah satu daripada kebanyakan kedai pembaikan dan penyewaan basikal yang telah berkembang maju di sekitar Havana dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
“Dalam lima tahun kebelakangan, terdapatnya pergerakan yang penting dalam dunia basikal di Cuba. Kami dapat melihatnya di jalanan,” katanya dengan menambah bahawa mereka membuktikan alternatif yang sesuai untuk sistem pengangkutan awam geriatrik.
Secara umumnya, “mereka yang berumur lebih daripada 50 tahun menolak penggunaan basikal akan tetapi generasi yang baru menghargai tarikannya,” katanya.
VeloCuba telah wujud sejak tahun 2014 lagi dan telah pun mengambil pekerja wanita secara eksklusif. Agensi tersebut telah pun membuka cawangan keduanya di Havana dan juga menawarkan lawatan berpandu kepada pelancong dengan menggunakan 40 modal terbarunya.
Semua itu telah dibeli daripada pelancong luar negara kerana ‘basikal yang dijual di Cuba adalah modal China yang diperbuat daripada besi,’ dan mempunyai kualiti yang rendah seperti yang dinyatakan oleh Diaz-Labaut. Pengangkutan beroda dua ini mempunyai masa depan yang cerah di Havana walaupun ia belum mampu mencapai populariti basikal di dalam wilayah katanya.
Berbasikal di Cuba mempunyai bahayanya yang tersendiri tetapi “daripada kenderaan antik yang tidak mampu untuk perlahan dengan betul hingga ke ketiadaan landasan yang sepatutnya bagi penunggang basikal dan kurangnya pengetahuan mengenai pemandu motokar.
“Ia adalah sesuatu yang sukar dan mencabar untuk berbasikal di Havana,” kata Jake Lester seorang penunggang basikal yang berasal dari Massachusetts di AS yang sedang mengikuti lawatan sambil belajar selama tiga bulan.
“Anda perlu lebih berhati-hati dengan perkara yang terjadi di sekeliling anda.” – AFP