HONGSEONG, 5 OKT – Aktiviti menangkap ikan secara haram dilakukan bot China di perairan Korea Selatan semakin berleluasa, dengan kes dilaporkan meningkat dua kali ganda dari 2017 hingga 2019.
Ahli parlimen Hong Moon-pyo pada hari ini berkata jumlah kes bot ditahan atau diusir mencecah 6,543 pada 2019.
Jumlah itu menunjukkan kenaikan 113 peratus berbanding 3,074 pada 2017, lapor agensi berita Yonhap. Beliau memetik data Kementerian Laut dan Perikanan dan Pengawal Pantai Korea. Pada 2020, sebanyak 4,603 kes dilaporkan dalam tempoh Januari-Ogos. – Bernama
























