Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Aktiviti kayuhan meriahkan sambutan Hari Keputeraan

    TUTONG, 17 JULAI – Bagi sama-sama memeriahkan Sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-76, ahli berbasikal Santai-santai Riders (SSR) dari Daerah Tutong telah mengadakan aktiviti kayuhan sejauh 26 kilometer.

    Aktiviti yang diketuai oleh Haji Mohammad bin Haji Mohd Zanai itu bermula dari Pekan Tutong dan mengelilingi Kampung Bukit Beruang dan kawasan jalan Bukit Bendera sebelum berakhir di Perkarangan Pekan Tutong.

    Selain mempamerkan semangat dan rasa taat kepada raja khususnya dalam kalangan rakyat dan penduduk di negara ini, aktiviti tersebut juga bertujuan bagi memupuk cara hidup yang lebih sihat.

    Antara yang mengambil bahagian dalam aktiviti kayuhan anjuran Santai-santai Riders baru-baru ini. – Gambar serahan SSR
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...