Oleh Nurdiyanah R.
TUTONG, 29 April – Sudah menjadi budaya umat Islam di negara ini mengadakan majlis tahlil dan Doa Arwah lebih-lebih lagi bagi meraikan kedatangan bulan suci Ramadan, dan baru-baru ini, kumpulan bekas guru-guru Sekolah Menengah Melayu Muhammad Alam, Seria juga telah mengadakan majlis seumpamanya di Masjid Kampung Danau, Tutong.
Acara penuh keberkatan itu bertujuan bagi mendidik hati dan jiwa untuk sentiasa melaksanakan amal ibadah dalam kehidupan seharian iaitu dengan sentiasa memohon doa dan rahmat bagi mengingati insan-insan yang telah meninggal dunia. Dalam pada itu, majlis keagamaan itu juga diserikan dengan penyampaian sumbangan dan cenderamata bagi pihak masjid di kampung berkenaan yang telah disempurnakan oleh Haji Abdullah bin Othman selaku pengerusi kumpulan tersebut.