Thursday, December 7, 2023
27.5 C
Brunei

    -

    Aktiviti konvoi FROC Brunei di Sabah meriah

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 NOV – Ahli-ahli Kelab Pemilik Ford Ranger (FROC) Brunei yang menyertai konvoi selama tiga hari ke Sabah adalah antara ratusan pemilik Ford Ranger yang menyertai Himpunan Mega TT 2023 Ford Owner’s Club Wilayah Borneo.

    Acara itu menandakan edisi ke-7 anjuran FROC Wilayah Borneo dan perjalanan berkenaan dianjurkan oleh pengedar Ford tempatan, Premier Automobile Sdn Bhd (PASB) dengan sokongan Tourism Malaysia (TM) Brunei dan Syarikat Pemasaran Brunei Shell Sdn Bhd (BSM).

    Selain FROC Brunei, turut menyertai acara yang diadakan di J Borneo Native Village di Penampang itu adalah FROC Sabah dan Sarawak.

    Turut serta dalam konvoi 13 kenderaan Ford Ranger itu ialah Pengarah PASB, Teng Chee How serta pasukan pemasaran dan jualan.

    Selain daripada aktiviti offroad, pelbagai aktiviti turut diadakan dan ini termasuk permainan untuk dewasa dan kanak-kanak, selain pameran beberapa model baharu Ranger dan Everest serta Ranger ahli FROC dan penyampaian anugerah dalam pelbagai kategori.

    Teng Chee How dan ahli-ahli FROC bergambar ramai semasa majlis berkenaan. – GAMBAR SERAHAN LIZA HP
    GAMBAR SERAHAN LIZA HP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Rekrut warga Nepal dalam tentera Rusia, 12 ditahan

    KATHMANDU, 6 DIS – Polis Nepal mengumumkan hari ini mereka telah menahan 12 orang yang dituduh menghantar lelaki muda Nepal secara haram untuk direkrut...