Tuesday, April 16, 2024
25.4 C
Brunei

    -

    Aktiviti pelancongan domestik amat digalakkan

    Oleh Sim Y. H.

    TUTONG, 27 NOV – Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) amat menggalakkan aktiviti-aktiviti pelancongan domestik seperti penganjuran Festival Kiudang 2022.

    Penganjuran aktiviti seumpamanya, boleh memberikan sokongan kepada usaha kementerian untuk meningkatkan aktiviti pelancongan negara iaitu pelancongan antarabangsa dan domestik.

    “Kami bukan sahaja ingin menggalakkan pelancong antarabangsa untuk datang ke Brunei tetapi juga menggalakkan penduduk tempatan untuk melancong dalam negara.”

    Perkara itu dinyatakan oleh Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin kepada pihak media semasa acara kemuncak Festival Kiudang yang berlangsung di Gerai Muafakat, Kampung Kiudang, Tutong hari ini.

    Ke arah usaha untuk menggalakkan pelancongan domestik, Yang Berhormat Dato menyatakan bahawa kementeriannya berusaha untuk menghidupkan semula inisiatif Kenali Negara Kitani (KNK) untuk menarik penduduk negara melancong di dalam negara.

    Penganjuran festival itu amat dihargai oleh pihak kementeriannya dan beliau menambah dapat dilihat daripada festival berkenaan bahawa negara mempunyai budaya, aktiviti serta warisan yang kaya untuk diketengahkan bukan sahaja kepada pelancong-pelancong antarabangsa tetapi juga pelancong tempatan.

    Beliau menyatakan harapan supaya majlis perundingan kampung dan mukim yang lain dapat mengikuti jejak langkah yang diusahakan oleh Majlis Perundingan Kampung Kiudang dalam mengusahakan serta mempromosikan pelancongan domestik dan antarabangsa di negara ini.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Abdul Manaf melawat gerai jualan semasa acara kemuncak Festival Kiudang 2022.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bot karam di Kashmir India bunuh sekurang-kurangnya 4 orang

    SRINAGAR, 16 APRIL - Sebuah bot yang membawa sekumpulan orang terbalik di sungai di Kashmir yang dikuasai India pada hari ini, menenggelamkan empat daripada...