Tuesday, April 16, 2024
31.7 C
Brunei

    -

    Aktiviti pembinaan, perobohan dihentikan

    NEW DELHI, 30 OKT – Beberapa langkah telah dilaksanakan di ibu negara India, New Delhi bagi mengatasi pencemaran udara yang semakin memburuk sejak beberapa hari kebelakangan, menurut pegawai kerajaan hari ini.

    Kerja-kerja pembinaan dan perobohan kini dilarang, dan perenjis air serta penyembur antiasap telah ditekankan dalam semua perkhidmatan di seluruh ibu kota dan kawasan berhampiran, terutama di kawasan yang mencatatkan bacaan pencemaran udara yang hampir kepada kategori ‘teruk’.

    Menurut data daripada Sistem Kualiti Udara dan Penyelidikan dan Ramalan Cuaca, indeks kualiti udara secara keseluruhan (AQI) daripada PM2.5 di Delhi adalah pada 331 malam ini, yang dikira sebagai ‘Sangat Lemah.

    Noida, bandar bersebelahan Delhi, mencatatkan bacaan AQI setinggi 379, sementara Mathura Road di Delhi merekodkan bacaan AQI setinggi 354, kedua-dua kawasan itu berada dalam kategori ‘Sangat Lemah’.

    Menteri Alam Sekitar Delhi, Gopal Rai hari ini berkata lonjakan pada jumlah debu, pencemaran dihasilkan kenderaan dan pembakaran biojisim telah menyumbang kepada kualiti udara yang teruk. “Kami dimaklumkan dalam beberapa hari akan datang tahap AQI berkemungkinan akan melepasi 400, yang dikategorikan sebagai ‘Teruk’,” katanya.

    Bercakap mengenai situasi yang timbul, menteri alam sekitar berkata, aktiviti pembinaan dan perobohan akan dilarang di Delhi, dengan 586 buah pasukan ditubuhkan untuk memantau pelaksanaan tersebut. – Xinhua

    Pemandangan Taj Mahal yang dilitupi oleh asap tebal di Agra pada 28 Oktober 2022. Aktiviti pembinaan dan perobohan dihentikan di New Delhi bagi mengawal pencemaran udara yang semakin memburuk.- AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sapporo alami musim panas paling awal

    TOKYO, 15 APRIL - Suhu di bandar utara Jepun, Sapporo melepasi 25 darjah Celsius, catatan paling awal dalam mana-mana tahun dalam rekod, kata seorang...