Aktiviti pengembaraan tingkatkan kecergasan

Oleh Ak Zaki Kasharan

TEMBURONG, 7 SEPT – Sebagai salah satu usaha bagi meningkatkan tahap kecergasan dan mengekalkan gaya hidup yang sihat, sekumpulan pasukan kecergasan tempatan yang dikenali sebagai Spearteam, kelmarin telah mengadakan pengembaraan ke salah sebuah wasai yang terkenal di Kampung Selapon, Daerah Temburong.

Semasa pengembaraan tersebut, seramai 34 orang ahli kumpulan telah berjaya mengharungi perjalanan kira-kira 10 kilometer yang memakan masa sekitar empat jam
pergi dan balik daripada Wasai Rempadih.

Pengembaraan mencabar tersebut dipandu oleh ahli Majlis Perundingan Kampung Selapon sendiri yang berdaftar dengan Jabatan Perhutanan. Sebelum memulakan pengembaraan, rombongan telah diberikan taklimat ringkas mengenai keselamatan dan tatatertib ketika berada di dalam hutan serta di sepanjang pengembaraan tersebut.

Antara tujuan diadakan aktiviti riadah berkenaan adalah untuk mengisi masa lapang terutama pada hujung minggu di samping untuk mengenali tempat-tempat menarik yang ada di negara ini.

Antara anggota Spearteam yang telah mengadakan pengembaraan ke Wasai Rempadih di Kampung Selapon, Daerah Temburong, kelmarin.- Gambar serahan Pasukan Spearteam