Thursday, April 25, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Aktiviti penyeludupan di sempadan Serikin perlu dipandang serius

    KUCHING, 23 OKT – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sarawak memandang serius aktiviti penyeludupan barangan kawalan bersubsidi di kawasan Serikin di sini, menurut Ketua Setiausaha KPDNHEP, Datuk Azman Mohd Yusof.

    Beliau berkata kegiatan itu berlaku susulan pembukaan semula Pos Kawalan Sempadan Serikin yang merancakkan kembali aktiviti perdagangan antara Malaysia dan Indonesia. Azman berkata antara barangan kawalan bersubsidi diseludup ialah gas petroleum cecair (LPG), minyak masak, petrol, diesel, gula dan tepung gandum.

    “KPDNHEP memandang serius isu ketirisan barangan kawalan bersubsidi kerana ia boleh mengakibatkan kerugian besar kepada negara.“

    Barangan itu sepatutnya dinikmati rakyat Malaysia, namun diselewengkan pihak tidak bertanggungjawab ke negara jiran demi mengaut keuntungan lumayan,” katanya selepas mengadakan lawatan kerja di sempadan Malaysia-Indonesia di Serikin, hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...