Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Aktiviti penyeludupan rokok menurun 6%

    LABUAN, 13 MAC – Aktiviti penyeludupan rokok di pulau-pulau bebas cukai di negara ini menurun sebanyak enam peratus tahun lepas berikutan keputusan kerajaan mengenakan duti eksais ke atas rokok dan produk tembakau bermula Januari 2021.

    Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri Abdul Latif Abdul Kadir berkata pelaksanaan duti eksais itu memberi kesan kepada penyeludupan rokok bagaimanapun, masih belum dapat dipastikan sama ada impaknya itu dapat dikekalkan atau tidak.

    “Kami akan terus memantau (pelaksanaan duti eksais ke atas rokok dan produk tembakau) sama ada ia berkesan atau tidak.

    “Penggiat industri juga boleh memberi cadangan dan pandangan kepada Jabatan Kastam mengenai impak keputusan kerajaan ini,” katanya selepas mengadakan lawatan rasmi ke Pelabuhan Labuan atau Labuan Liberty Wharf di sini hari ini. – Bernama

    Ketua Pengarah Kastam Malaysia Datuk Seri Abdul Latif Abdul Kadir (tiga, kiri) mendengar taklimat daripada Ketua Pegawai Eksekutif Megah Port Management Sdn Bhd, Idjal Tahir pada sesi lawatan di Pelabuhan Dermaga Merdeka Labuan semalam. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...