Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Aktiviti perkampungan erat hubungan ahli pandu puteri

    Oleh Syahmi Hassan
    Gambar oleh Muiz Matdani

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 DIS – Seramai 57 orang ahli Persatuan Pandu Puteri Brunei Darussalam (PPPBD) telah menyertai Perkampungan Kepanduan Pandu Puteri, Ranjer dan Pandu Puteri Tunas yang berlangsung dua hari hingga hari ini.

    Perkampungan berkenaan diadakan oleh Kementerian Pendidikan melalui Unit Beruniform dan Perkhidmatan Kemasyarakatan, Jabatan Pendidikan Kokurikulum dengan kerjasama PPPBD bagi melahirkan peserta yang berkemahiran, berkeyakinan diri dan berani dalam beraktiviti sama ada secara berkumpulan atau persendirian.

    Majlis penutup telah diadakan di Dewan Taklimat Perkampungan Sukan, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah di mana hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan hadiah, lencana dan sijil penyertaan ialah Ketua Pesuruhjaya PPPBD, Hajah Siti Hafsah binti Haji Abdul Halim.

    Para peserta terdiri daripada ahli pandu puteri dari tujuh buah sekolah menengah dan pusat tingkatan enam serta empat buah sekolah rendah di bawah Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama.

    Penyertaan terdiri daripada empat orang renjer, 32 orang pandu puteri dan 21 orang Pandu Puteri Tunas.

    Majlis penutup turut menyaksikan penyampaian hadiah bagi kumpulan-kumpulan dan peserta-peserta terbaik bagi Kategori Pandu Puteri dan Ranjer, Kategori Pandu Puteri Tunas perkampungan kepanduan 2022.

    Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan semasa perkampungan tersebut ialah sukan ria (Amazing Race), nyanyian kepanduan dan pergerakan serta menghasilkan produk jahitan.

    Hajah Siti Hafsah dan antara peserta yang hadir semasa majlis berkenaan.
    Hajah Siti Hafsah dan pemenang Kategori Pandu Puteri dan Ranjer bergambar ramai semasa majlis berkenaan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...