Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Aktiviti rentas sempadan darat ditangguhkan lagi

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 JAN – Pada menjunjung titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Jabatan Perdana Menteri (JPM) memaklumkan pelanjutan penangguhan sementara kebenaran aktiviti rentas sempadan selama 16 hari lagi dari 16 hingga 31 Januari.

    Dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, hari ini, JPM menyatakan bahawa penangguhan sementara kebenaran aktiviti rentas sempadan itu adalah bagi kemasukan warganegara asing melalui pos-pos kawalan darat dan laut termasuk perjalanan transit melintasi Negara Brunei Darussalam kecuali bagi kemasukan atau perjalanan transit yang telah diberikan kebenaran oleh kerajaan Negara Brunei Darussalam.

    Kemasukan dan perjalanan transit melalui Negara Brunei Darussalam hanya boleh dipertimbangkan bagi kenderaan-kenderaan yang mempunyai Permit Lintas Batas dan Penyata Kebenaran Transit yang dikeluarkan oleh kerajaan Negara Brunei Darussalam dengan jaminan atau sokongan daripada pihak berkuasa negara yang berkenaan dengan dikenakan syarat dan prosedur kemasukan yang sedia ada bagi tujuan atas urusan rasmi kerajaan, persekolahan, perkhidmatan-perkhidmatan kecemasan seperti ambulans, polis dan tentera serta vaccinated transport operators yang berdaftar di luar negara dengan Permit Lintas Batas yang dikeluarkan oleh kerajaan Negara Brunei Darussalam bagi penghantaran bekalan import yang penting.

    Kenyataan turut menyatakan bahawa penangguhan sementara itu juga termasuk keluar dan masuk negeri secara ulang-alik (commuters) melalui pos-pos kawalan darat mahupun laut bagi tujuan pekerjaan.

    Syarat-syarat bagi pertimbangan keluar masuk yang dinyatakan adalah tertakluk kepada penelitian Jawatankuasa Pandu COVID-19 dari semasa ke semasa.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...