Wednesday, February 1, 2023
23.8 C
Brunei

-

Aktiviti riadah eratkan silaturahim

Oleh Sim Y. H.
Gambar serahan MPK Luagan Dudok

TUTONG, 2 JAN – Dengan hasrat untuk mengisikan masa percutian sekolah dan sebagai aktiviti hujung tahun untuk menyatupadukan hubungan silaturahim serta kekeluargaan warga kampung, Majlis Perundingan Kampung (MPK) Luagan Dudok, Tutong mengadakan Aktiviti Riadah Berjalan Kaki.

Berlangsung di Dewan Kemasyarakatan Kampung Luagan Dudok, Tutong pada 31 Disember lalu, riadah berjalan kaki berkenaan turut disertai oleh Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Awang Mohammad Sofian bin Haji Basri.

Acara dimulakan dengan bacaan Doa Selamat oleh ahli Jawatankuasa MPK Luagan Dudok, Haji Nassar bin Haji Nayan dan diteruskan dengan acara senamrobik.

Majlis kemudian menyaksikan acara riadah berjalan kaki sejauh kira-kira dua kilometer yang bermula dari Dewan Kemasyarakatan Kampung Luagan Dudok menuju Masjid Haji ‘Abdul ‘Azim Kampung Luagan Dudok sebelum berpatah balik ke dewan kemasyarakatan berkenaan.

Acara setengah hari itu juga diserikan dengan pelbagai aktiviti sampingan yang boleh disertai oleh penduduk kampung daripada kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga emas.
Antara yang diadakan termasuk peraduan memancing, peraduan menimang bola raga, kerusi muzikal, memancing botol, meniup belon hingga pecah dan cabutan bertuah.

Pada majlis itu, Awang Mohammad Sofian turut menyempurnakan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang acara sampingan.

Awang Mohammad Sofian menyertai acara riadah berjalan kaki anjuran MPK Luagan Dudok pada 31 Disember lalu.
Awang Mohammad Sofian menyampaikan hadiah kepada pemenang acara sampingan.
Gambar ramai penduduk kampung yang menghadiri Aktiviti Riadah Berjalan Kaki yang berlangsung di Dewan Kemasyarakatan Kampung Luagan Dudok, Tutong pada 31 Disember lalu.

Artikel sebelum iniPelancong AS maut ditembak
Artikel seterusnyaSambutan hangat buat Djokovic
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Hampir 50 maut dalam insiden letupan masjid

PESHAWAR, PAKISTAN, 30 JAN – Pegawai polis antara kira-kira 47 orang terbunuh dan 150 lagi cedera dalam satu letupan di sebuah masjid di dalam...
- Advertisment -