Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Aktiviti riadah serlahkan senyuman anak yatim

    Oleh Lyna Mohamad

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 FEB – Kira-kira 30 orang anak yatim dari Rancangan Perumahan Negara (RPN) Panchor Mengkubau telah dihiburkan dengan aktiviti-aktiviti menyeronokkan di Tasek Tang Salangan, Kampung Tungku, baru-baru ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Dayang Khairunnisa binti Haji Ash’ari dan Ketua Pesuruhjaya Pengakap, Haji Awang Badar bin Haji Awang Ali.

    Turut hadir ialah Ketua Kampung Tungku dan Katok, Haji Ismail bin Haji Rajab; Pengerusi Majlis Persatuan Pengakap Daerah Brunei dan Muara, Haji Jailani bin Haji Ibrahim; Bendahari Majlis Perundingan Kampung Tungku, Haji Salleh bin Mahmud dan Pesuruhjaya Persatuan Pengakap Daerah Brunei dan Muara, Haji Sufri bin Pengiran Haji Hashim.

    Acara selama dua jam itu diisikan dengan aktiviti-aktiviti rekreasi seperti berkayak, permainan pengakap dan lawatan ke Ladang Tang Salangan.

    Aktiviti yang dianjurkan oleh Persatuan Pengakap Daerah Brunei dan Muara (PPDBM) itu bertujuan sebagai pendedahan kepada masyarakat dalam menjaga alam sekitar dan merupakan salah satu daripada program masyarakat pengakap dan Aktiviti Kempen Komuniti PPDBM.

    Aktiviti rekreasi itu dijalankan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan garis panduan kesihatan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan termasuk penggunaan pelitup muka dan mengamalkan penjarakan sosial sepanjang acara.

    Salah satu daripada aktiviti yang diadakan di Tasek Tang Salangan, Kampung Tungku untuk 30 orang anak yatim.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...