Sunday, December 8, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aktiviti sukan ski dengan normal baharu

    DENVER – Helmet, kaca mata goggle, ski, pensanitasi tangan, penutup muka, tempahan? Semua sudah sedia.

    Kira-kira tujuh bulan selepas sekatan COVID-19 terhadap musim ski pada musim bunga, resort di seluruh Amerika Syarikat dan Kanada perlahan-lahan kembali dibuka kepada orang ramai dan mencari cara untuk membuka semula pada musim sejuk ini dengan selamat.

    Walaupun banyak langkah-langkah yang masih perlu diselesaikan, para pemilik taman peranginan meminta para pengunjung untuk tidak menaruh harapan tinggi dan mengikuti normal baharu ketika aktiviti sukan ski dan bermain salji di tengah wabak.

    Peraturan dengan memakai topeng, berdiri dengan jarak enam kaki di garisan sepanjang dari ski yang biasanya, tidak dibenarkan makan di dalam, menaiki gondola hanya dengan kumpulan anda dan tidak dibenarkan membuat perkumpulan ramai.

    “Kami sangat optimis bermain ski pada musim sejuk ini,” kata Dave Byrd, pengarah urusan risiko dan peraturan di Persatuan Kawasan Ski Nasional yang berpusat di Colorado.

    Sukan ski pada musim bunga di seluruh Amerika Syarikat dan Kanada perlahan-lahan kembali dibuka kepada orang ramai dengan normal baharu. – AP
    Pemain dimestikan menggunakan topeng, berdiri dengan jarak enam kaki dan tidak dibenarkan membuat perkumpulan ramai. – AP

    “Fakta bahawa kita bermain ski di luar sinar ultraviolet dan angin dan kita biasa memakai kaca mata, sarung tangan dan penutup muka. Semua perkara itu memberi petanda baik bagi kita sebagai sukan.”

    Beberapa buah resort di antaranya akan dibuka semula pada awal bulan November, berusaha menghindari jangkitan terjadi kepada banyak komuniti gunung ketika pelancong dari seluruh negara dan dunia pada masa itu sibuk melancong dalam musim ini.

    Beberapa daerah di Colorado yang merupakan tempat beberapa pusat peranginan ski terbesar dan paling popular di negara itu sangat teruk terjejas oleh virus itu, dan pegawai kesihatan negeri memberi amaran bahawa hospital masyarakat yang kecil tidak mempunyai sumber untuk merawat pesakit dengan penyakit itu.

    Di Utah, daerah rumah peranginan ski Park City melaporkan kadar jangkitan per kapita serupa dengan di Bandar New York dan beberapa bahagian di bandar Itali.

    Kali ini, pemimpin industri dan pegawai kesihatan berharap pengetahuan yang disertakan dengan beberapa bulan setelah wabak akan membantu membimbing usaha mereka untuk memberikan pengalaman yang lebih selamat.

    Dr Daniel Pastula, seorang doktor penyakit saraf yang menular di Universiti Kesihatan UC Colorado Hospital, mengatakan bahawa perjalanan ski di luar biasanya selamat semasa wabak penyakit, tetapi virus itu boleh merebak jika orang ramai berkumpul di tempat-tempat seperti lif, pondok, restoran dan bilik mandi.

    “Saya fikir anda boleh bermain ski dengan bijak dan selamat. Sekali lagi, tidak menghilangkan risiko sepenuhnya, tetapi benar-benar mengurangkannya,” katanya.

    Pastula menyenaraikan langkah keselamatan yang biasa dilakukan oleh pemain ski, antaranya tinggal di rumah dan tidak keluar kecuali jika perlu, mengelakkan perkumpulan ramai dan tinggal di rumah ketika sakit.

    Sementara itu, Byrd mengatakan NSAA melihat dengan teliti bagaimana kolej, sistem pengangkutan dan organisasi sukan menangani virus tersebut.

    “Kami mempunyai kemudahan yang luar biasa untuk menonton apa yang dilakukan orang lain,” katanya.

    “Semua itu akan berlangsung dalam dua hingga tiga bulan ke depan, yang, memberi kita sedikit masa. Dan kita pasti dapat melihat bagaimana kawasan ski hemisfera selatan di Australia, New Zealand dan Amerika Selatan, bagaimana mereka menanganinya.”

    Taman Peranginan Ski Perisher di pinggir tenggara Australia melengkapkan musim ski pada 5 Oktober dengan beberapa sekatan yang berlaku setelah hari pembukaan yang ditangguhkan pada 24 Jun.

    Pekerja dan pengunjung diminta untuk memakai penutup mulut dan hidung serta berada di jarak sekurang-kurangnya lima kaki antara satu sama lain ketika berada di kawasan ski, yang dimiliki oleh Taman Perangingan Vail yang berpusat di Colorado.

    Gondola dijalankan dengan kapasiti yang lebih rendah untuk penjarakan sosial dan pemain ski dan papan luncur salji diminta untuk membeli tiket terlebih awal secara dalam talian. Jumlah tetamu yang dibenarkan di gunung juga dihadkan.

    Sementara itu, sejumlah pusat peranginan di Amerika Selatan juga terpaksa menghentikan musim sejuk mereka kerana virus, termasuk Ski Portillo yang terkenal di Andes Chili.

    “Batasan, termasuk kuarantin hujung minggu dan sekatan perjalanan, akan menghalang kami daripada beroperasi seperti biasa,” pemilik Portillo menyiarkan di laman web resort pada akhir Ogos.

    Banyak kawasan ski Amerika Utara telah berunding dengan agensi kesihatan negeri dan tempatan dan mengeluarkan peraturan untuk musim yang akan datang.

    Sebilangan besar memerlukan penjarakan sosial, penutup mulut dan hidung serta penjualan tiket dalam talian, dan akan mengehadkan berapa banyak orang yang dibenarkan di ruang dalaman seperti pondok dan restoran.

    Taman peranginan Vail telah mengumumkan akan melaksanakan sistem tempahan yang membolehkan pemegang pas mendapat akses eksklusif pada awal musim. – AP

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda