Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Aktiviti uji kefahaman sambil belajar

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 SEPT – Dengan matlamat untuk memberikan motivasi kepada para pelajar serta memupuk sikap yang positif terhadap pelajaran, Sekolah Chung Hwa Kiudang baru-baru ini mengadakan Hari Tanpa Pakaian Seragam bagi meraikan penghujung persekolahan penggal kedua.

    Para pelajar dibenarkan memakai pakaian kasual ke sekolah pada hari itu dan guru-guru memasukkan aktiviti permainan dalam pelajaran mereka sebagai sebahagian daripada aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

    Menerusi pendekatan itu, ia diharap dapat mewujudkan suasana yang positif dalam pembelajaran, memberikan motivasi kepada pelajar untuk mengambil bahagian serta menjana sikap positif terhadap pembelajaran.

    Pembelajaran berasaskan permainan dapat membantu mengembangkan lagi kemahiran penyelesaian masalah dan menggalakkan pemikiran kritikal dalam kalangan pelajar.

    Semasa sesi pembelajaran berkenaan, para pelajar berpeluang menguji kefahaman sambil belajar dalam pelbagai permainan termasuk Maths Jenga, Maths Bingo, Spelling Jenga, English and Chinese Whispers dan Scrabble.

    Di akhir aktiviti berkenaan, hadiah telah disampaikan kepada pemenang bagi Pertandingan Matematik Mental kepada pelajar-pelajar Tahun 1 hingga Tahun 6 yang disampaikan oleh Pengetua Sekolah Chung Hwa Kiudang, Loo Shee Yun.

    Para pemenang Pertandingan Matematik Mental bagi pelajar Tahun 1 hingga Tahun 6 menerima hadiah yang disampaikan oleh pengetua sekolah, Loo Shee Yun. – Gambar oleh Sekolah Chung Hwa Kiudang
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...