Saturday, September 23, 2023
30 C
Brunei

    -

    Aktor My Fault ditahan atas tuduhan serangan seksual

    Kemeriahan Festival Filem Antarabangsa Venice ke-80 tercemar apabila pelakon asal Sepanyol ditahan pihak berkuasa selepas dikehendaki atas tuduhan melakukan serangan seksual.

    Gabriel, 22, ditahan pihak berkuasa Itali sehari sebelum dia bakal menerima trofi Pelakon Baharu Terbaik menerusi lakonan mantapnya menerusi filem My Fault.

    Bagaimanapun pihak penganjur membatalkan kemenangannya itu selepas mendapat khabar pelakon itu ditahan pihak berkuasa.

    Menurut mStar yang memetik laporan The Hollywood Reporter, pelakon itu mempunyai waran tangkap antarabangsa susulan dituduh melakukan serangan seksual di Perancis.

    Gabriel ketika ini masih dalam tahanan polis di Itali sementara menanti mahkamah membuat keputusan berhubung proses ekstradisi terhadapnya dimulakan.

    Pihak penganjur festival itu turut mengesahkan penahanan Gabriel.

    Untuk rekod, Gabriel yang mempunyai jutaan pengikut di media sosial membuat kemunculan sulung menerusi drama bersiri Nardic Skam sebelum menempa populariti dalam filem My Fault yang ditayangkan menerusi platform Amazon. – mStar

    Gabriel ditangkap kerana melakukan serangan seksual. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...