Akui banyak persoalan

Corrine Foxx, 25, anak kepada Jamie Foxx memberitahu kepada Hollywoodlife di Variety’s Young Hollywood Awards, Los Angeles bahawa beliau telah kembali dalam temu janji baru-baru ini.

“Saya masih bujang ketika ini dan saya tidak pernah bujang dengan masa yang agak lama, oleh itu saya tidak berapa tahu mengenai cara temu janji sekarang,” kata Corrinne mengakuinya.

Sebagai seorang wanita yang baharu sahaja bujang, beliau mempunyai banyak persoalan seperti “Adakah saya patut terus mesej sahaja? Bagaimana caranya?” Namun beliau tidak mahu jawapan daripada bapanya!

“Saya tidak akan mengambil khidmat bapa saya dalam kehidupan temu janji. Walaupun jika beliau memberikannya kepada saya, saya tidak akan menerimanya,” katanya. Tetapi beliau hanya akan mengambil nasihat lakonan daripada bapanya yang pernah memenangi anugerah Oscar itu. – Agensi

Corinne Foxx hanya akan menerima nasihat mengenai lakonan daripada bapanya Jamie Foxx. – Agensi