Akur dengan ketentuan

Pelakon dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki, berkongsi berita sedih adiknya, Jefri Adzman Aksan, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Thomson Kota Damansara, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Jefri dimasukkan ke pusat rawatan berkenaan selepas terbabit dalam kemalangan di Kota Damansara, menyebabkannya mengalami cedera parah di kepala, Ahad lalu.

Afdlin juga memohon pertolongan orang ramai mengesan kereta jenis Myvi berwarna hijau yang dipercayai melanggar Jefri dalam kejadian berkenaan. Menerusi rakaman video, beliau meminta sesiapa yang mempunyai rakaman ‘dashcam’ dan menjadi saksi kejadian untuk menghubunginya segera.

Dalam rakaman itu, beliau turut menunjukkan lokasi nahas yang dipercayai berlaku di simpang tiga lampu isyarat berhampiran stesen minyak Petronas, Kota Damansara.

Sebelum itu, Afdlin, 48, turut memaklumkan adiknya sudah menjalani pembedahan selama empat jam bagi membuang darah beku di kepala. – Agensi

Afdlin juga memohon pertolongan orang ramai mengesan kereta jenis Myvi berwarna hijau yang dipercayai melanggar Jefri dalam kejadian berkenaan. – Agensi
SAHAM
TerdahuluKontrak B.I ditamatkan
SeterusnyaTingkatkan kesedaran