Al Ahly, Al Duhail mungkin saingan Bayern Munich

ZURICH, 20 JAN – Bayern Munich mungkin akan bertemu juara Afrika, Al Ahly atau Al Duhail dari Qatar di separuh akhir Kelab Piala Dunia bulan depan, setelah undian dibuat di ibu pejabat FIFA di Zurich kelmarin.

Perlawanan separuh akhir akan dilangsungkan pada 8 Februari di Stadium Ahmad bin Ali di Al Rayyan, di luar ibu negara Qatar, Doha.

Sebelum itu, pertembungan Al Ahly dan Al Duhail pada 4 Februari akan diadakan di Stadium Education City iaitu salah sebuah stadium untuk Piala Dunia 2022 di Qatar.

Kelab gergasi Kaherah, Al Ahly, di bawah bimbingan jurulatih Pitso Mosimane dari Afrika Selatan, adalah kelab paling berjaya di Afrika yang pernah menjadi juara benua itu sebanyak sembilan kali.

Sementara itu Al Duhail, dipimpin oleh bekas jurulatih antarabangsa Perancis, Rennes dan Nottingham Forest, Sabri Lamouchi.

Manakala, kelab Mexico, Tigres UANL, pemenang Liga Juara-Juara CONCACAF akan menentang juara Asia, Ulsan Hyundai dari Korea Selatan pada 4 Februari. Manakala kelab Brazil Santos dan Palmeiras akan bertanding dalam kejohanan Amerika Selatan yang ditunda di Maracana, Rio de Janeiro pada 30 Januari.

Pasukan Brazil, Flamengo tewas pada final 2019 kepada Liverpool, dengan kelab Eropah memenangi setiap tujuh edisi terakhir gelaran Kelab Piala Dunia.

Bayern kali terakhir menjulang trofi itu di Maghribi pada tahun 2013. – AFP

Pasukan Bayern Munich semasa perlawanan Bundesliga antara Bayern Munich dan SC Freiburg pada 17 Januari lalu. Bayern berkemungkinan akan menentang Al Ahly atau Al Duhail di separuh akhir Kelab Piala Dunia bulan depan. – AFP