Monday, November 28, 2022
23.1 C
Brunei

-

Al Aqsa: Indonesia gesa OIC adakan mesyuarat khas

JAKARTA, 24 Julai – Indonesia hari ini menggesa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) agar mengadakan mesyuarat khas dengan segera bagi membincangkan isu pihak berkuasa Israel mengenakan sekatan terhadap umat Islam untuk beribadah dalam Masjid Al Aqsa di Baitulmuqaddis.

Menteri  Luar Indonesia Retno Marsudi dipetik oleh media-media dalam talian sebagai berkata pihaknya telah menghubungi Setiausaha Agung OIC Dr Yousef Al-Othaimeen bagi menyatakan keprihatinan Indonesia mengenai perkembangan yang sedang berlaku di Palestin dan meminta agar pertubuhan itu menganjurkan satu mesyuarat khas dengan segera.

Retno juga telah menghubungi rakan-rakan sejawatannya dari beberapa negara anggota OIC termasuk Menteri Luar Turki Mevlut Cavusoglu.

“Saya sudah mulai bergerak sejak lima hari yang lalu dengan membangun komunikasi dengan Menteri Luar Jordan,” kata beliau. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea Selatan lancar bas pandu sendiri

SEOUL, 25 NOV – Ibu negara Korea Selatan melancarkan laluan bas pandu sendiri pertama hari ini, sebahagian daripada uji kaji yang dikatakan jurutera berhasrat...
- Advertisment -